Takut Nak Berniaga? Ini 4 Tips Terbaik Yang Boleh Anda Lakukan Sekarang !

Bukan semua orang mempunyai bakat berniaga. Tambahan lagi kepada mereka yang baru sahaja mahu berjinak-jinak dalam perniagaan. Antara jenis ketakutan yang selalu bermain difikiran mereka yang mahu bermula perniagaan adalah seperti:

Takut rugi
Takut tak menjadi
Takut kepada rejection bakal pelanggan
Takut perlian dari rakan-rakan
Takut rugi
Dan bermacam-macam lagi ketakutan yang seringkali bermain difikiran mereka yang mahu mula berniaga. Ketakutan ini menyebabkan mereka tidak mahu bertindak untuk memulakan perniagaan pertama mereka. Atasi ketakutan untuk berniaga dengan 4 cara di bawah.

#1 – Cari Ilmu dan Mentor

Ilmu sangat penting dalam bisnes. Segalanya di dunia ini memerlukan ilmu. Orang berilmu adalah orang yang hebat. Orang yang beramal dengan ilmu adalah orang yang luar biasa lebih hebat. Pada saya, ada 2 kaedah untuk mencari ilmu dalam bisnes:

Buat sendiri gagal dan berjaya dapat ilmu
Belajar dari kegagalan orang lain
Ya, sudah tentu pilihan kedua adalah anda perlu bayar kos tertentu untuk pergi belajar seperti ke kelas, seminar, workshop atau melalui pembelian DVD tutorial, ebook atau buku fizikal.

Dalam mencari ilmu, tiada yang percuma. Anda perlu bayar kos untuk belajar.

Sama seperti anda mahu mendapatkan peluang pekerjaan, anda juga perlu masuk ke universiti dan bayar yuran pengajian. Apabila habis belajar, anda menjual diri anda kepada majikan berdasarkan ilmu yang anda peroleh di universiti.

Jadi jangan terlalu berkira untuk pergi belajar ilmu dan bayar beratus ringgit untuk dapat hasil ribuan ringgit.

#2 – Mulakan Perniagaan Dengan Kos Paling Rendah

Elakkan bina perniagaan yang dengan kos yang sangat tinggi seperti membuka kedai makan. Yang mana pasti memerlukan modal yang sangat tinggi untuk permulaan.

Perniagaan pertama yang disarankan untuk mula berniaga adalah dengan mulakan perniagaan yang menggunakan kos yang paling rendah. Sebagai contoh servis dan juga menjual produk orang lain.


Pengalaman saya sendiri semasa belajar di universiti dahulu adalah menawarkan servis format laptop. Dengan bermodalkan ilmu format laptop yang saya cari di Youtube, saya mampu format laptop pelajar lain untuk mendapat pendapatan tambahan saya di universiti.

Sekarang ini ada banyak jenis model perniagaan yang anda boleh ceburi seperti Drosphip atau Affiliate. Untuk Affiliate di pasaran tempatan anda boleh cuba cari produk di klikjer.com manakala untuk pasaran luar Negara anda boleh bermula dengan clickbank.com

#3 – Baca Dan Tonton Kisah Motivasi Dan Kejayaan Usahawan Berjaya

Dengan amalkan cara ini, kita akan lebih bermotivasi untuk mulakan perniagaan. Setiap ahli bisnes yang berjaya ada perjalanan jatuh bangunnya sendiri. Anda juga perlu bersedia untuk itu. Bukan untuk menakutkan, tapi begitulah hakikat dan cabaran dalam hidup di dunia ini.

Ada masa dalam bisnes kita, jualan akan naik dan kita akan rasa nikmatnya bisnes. Ada masa juga bisnes akan menurun dan banyak lagi cabaran yang bakal ditempuhi.

Jadi dengan anda menonton kisah motivasi, dan kejayaan usahawan lain kita tidak akan mudah give up dan menyerah kalah dalam bisnes yang kita ceburi.

#4 – Mulakan Bisnes Dengan Berpartner Atau JV Dengan Orang Lain

Jika terlalu takut untuk mulakan perniagaan, boleh mula berpartner dengan orang lain atau berJV. Dengan cara ini kita boleh hilangkan rasa takut jika berlaku apa-apa kerugian.

Jika kita rugi, kerugian yang ditanggung bukan 100% oleh kita. Kita mungkin rugi bersama dengan partner kita. Dari segi keuntungan pula, kita sendiri boleh putuskan bersama sebelum memulakan sesuatu projek.

Keuntungan berpartner mungkin 50%, 40% atau 60%. Pastikan perjanjian kerjasama ada dokumen perjanjian hitam putih sebagai langkah keselamatan jika terjadi apa-apa pada masa hadapan. Tidak perlu terlalu terperinci.

Rambut sama hitam, hati tiada siapa yang tahu. Kan?

Kredit Faris Azaki & Majalahniaga

7 Rahsia Kejayaan Dalam Perniagaan Syed Mokhtar Al-Bukhary


7 Rahsia Kejayaan Dalam Perniagaan

#1 – Fokus Sebelum Pelbagaikan Perniagaan

Beliau nasihatkan agar para usahawan fokus kepada satu perniagaan terlebih dahulu sehingga stabil dan menguntungkan sebelum mempelbagaikan perniagaan. Beliau mempelbagaikan perniagaan setelah perniagaan pertama beliau telah stabil dan menguntungkan.

"Perniagaan pertama perlu kukuh sebelum anda mempelbagaikan perniagaan supaya jika perniagaan yang baru kita ceburi tidak maju, maka kita boleh kembali kepada perniagaan pertama yang kita usahakan"Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

“Saya sendiri kalau apa-apa terjadi terhadap perniagaan saya sekarang, saya akan balik buat perniagaan yang mula-mula saya usahakan dulu. Perniagaan pertama saya masih beroperasi, lori dan kedai masih ada lagi di Kedah” tambah beliau dengan nada cukup rendah diri.


#2 – Kejayaan Perlukan Masa

Beliau juga nasihatkan agar usahawan muda jangan cepat nak berjaya. Setiap usaha sememangnya perlu melalui fasa kesusahan, cabaran dan sebagainya.

Beliau mengambil contoh diri beliau sendiri yang bermula dari bawah dengan membantu ayahnya menjual lembu dan kerbau di kampung sebelum mencapai tahap sekarang.

"Kalau kita melalui jalan yang susah, barulah kita akan menghargai dan menemui jalan senang"Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

Biasanya apabila memperolehi kejayaan yang singkat, mudah jugalah untuk perniagaan yang kita usahakan itu jatuh. “Kalau kita melalui jalan yang susah, barulah kita akan menghargai dan menemui jalan senang” jelas beliau ringkas.


#3 – Jangan Putus Asa


Ini adalah frasa yang kerap keluar dari mulut beliau. Beliau menjelaskan setiap perniagaan sama ada kecil ataupun besar akan mempunyai masalah, cabaran dan karenah yang tersendiri. Oleh itu, para usahawan tidak boleh mudah berputus asa dan tunduk dengan masalah.

"Saya ni tiada apa-apa, tiada apa yang istimewa tentang diri saya. Tetapi apa yang membezakan saya ialah bagaimana saya menghadapi setiap cabaran dan masalah di dalam perniagaan"Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

“Saya ni tiada apa-apa, tiada apa yang istimewa tentang diri saya. Tetapi apa yang membezakan saya ialah bagaimana saya menghadapi setiap cabaran dan masalah di dalam perniagaan” jelas beliau sekali lagi dengan nada rendah diri.
Beliau ada berkongsi susah payah mengenai perniagaan pertama yang beliau usahakan bersama rakan kongsi bukan bumiputera.

Bagaimana rakan kongsi tersebut menekan beliau sehingga terpaksa menggadaikan dua lot tanah milik keluarga untuk dijadikan modal tambahan bagi mengekalkan penguasaan share majoriti di dalam syarikat Bukhary Rice Sdn. Bhd.

“Kalau apa-apa terjadi terhadap perniagaan saya masa tu, maka kami sekeluarga boleh kehilangan tempat tinggal” jelas beliau.


#4 – Jangan Sekadar Mengharap Dibantu


Beliau sering mengingatkan bahawa beliau hanyalah orang biasa yang diberi peluang oleh kerajaan. Apabila diberi peluang, beliau akan berusaha bersungguh-sungguh terhadap peluang tersebut.

Oleh itu, beliau berpesan kepada semua usahawan agar bukan sekadar berharap untuk dibantu tetapi bersedia dari segi fizikal dan mental untuk dibantu.

Ramai orang Melayu apabila kerajaan anugerahkan projek, mereka lebih cenderung untuk berikan projek tersebut kepada syarikat lain untuk usahakan kerana mengejar keuntungan jangka masa pendek. Majoriti syarikat Melayu akan memberikan projek kepada syarikat bukan bumiputera untuk mengusahakannya sebagai sub-company.

"Tak mengapa biar saya usaha sendiri untuk beli lori tambahan bila dah untung nanti"Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary


“Saya diberikan 3 permit lori untuk membawa beras dan saya apply loan MARA untuk membeli lori. MARA berikan saya cukup-cukup RM110,000 untuk belikan sebuah lori. Ada usahawan Cina datang nak beli atau sewa dua lagi permit saya, tetapi saya tak bagi. Tak mengapa biar saya usaha sendiri untuk beli lori tambahan bila dah untung nanti” kata beliau.


#5 – Yakin Dengan Diri Sendiri

Beliau juga mengharapkan agar para usahawan yakin dengan diri sendiri dan apa yang sedang diusahakan. Ramai usahawan bumiputera tidak boleh berjaya bukan kerana idea mereka tidak bagus, tetapi kerana tidak yakin dengan diri mereka.

"Allah kata kalau nak kenal Dia maka kena kenal diri sendiri dulu. Yakin dengan diri sendiri adalah salah satu tanda orang itu kenal dirinya sendiri. Insyallah bila yakin Allah akan permudahkan urusan kita"Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

“Allah kata kalau nak kenal Dia maka kena kenal diri sendiri dulu. Yakin dengan diri sendiri adalah salah satu tanda orang itu kenal dirinya sendiri. Insyallah bila yakin Allah akan permudahkan urusan kita” jelas beliau.


#6 – Berniaga Bukan Untuk Diri Sendiri

Beliau terkenal sebagai seorang usahawan yang banyak memberi kembali kepada masyarakat. Malah beliau mempunyai lebih kurang 260,000 pekerja yang berkait secara langsung ataupun tidak dengan semua syarikat milik beliau. 80% diperuntukkan untuk golongan bumiputera.

Apa yang lebih menarik, beliau tidak menjual perniagaan beliau kerana memikirkan nasib golongan yang bergantung kepada syarikat beliau untuk mendapatkan sumber rezeki.

"Jika saya jual satu lori maka secara tidak langsung tiga keluarga Islam Melayu telah hilang sumber pendapatan"Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

“Kedai dan lori-lori untuk perniagaan pertama saya masih lagi ada di Kedah. Perniagaan itu masih berjalan seperti biasa. Setiap lori akan ada tiga orang pemandu, jika saya jual satu lori maka secara tidak langsung tiga keluarga Islam Melayu telah hilang sumber pendapatan” jelas beliau.


#7 – Usahawan Islam Ada Akhirat

Beliau juga berpesan bahawa setiap usahawan Islam tidak sama dengan usahawan bukan Islam. Usahawan Islam berniaga untuk mendapat manafaat di dunia akhirat tetapi usahawan bukan Islam berniaga untuk dunia sahaja.

"Kita sebagai usahawan Islam kalau berjaya syukur dan kalau tak berjaya pun kita syukur. Paling penting kita terus berusaha"Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

“Jadi jangan risau kalau kita tengok kenapa bangsa lain yang bukan Islam lebih berjaya di dalam perniagaan kerana Allah dah janjikan dunia buat mereka. Kita sebagai usahawan Islam kalau berjaya syukur dan kalau tak berjaya pun kita syukur. Paling penting kita terus berusaha” jelas beliau mengingatkan semua hadirin.

Semoga dengan 7 Rahsia Kejayaan Dalam Perniagaan yang saya sharekan hari ni dapat memberi manfaat kepada kita semua.

Kredit: Mamaqaireen

Lelaki Ini Kongsi Teknik Mudah Simpan Duit, Boleh Dapat RM3,700 Dalam Masa Pantas


Ramai mereka diluar sana telah mencuba untuk menyimpan duit, dari duit gaji tetapi ramai tidak berjaya melakukannya.

Pendapat admin sendiri simpan duit ini lebih kepada memerlukan pengorbanan kita untuk berjimat cermat dan berdisiplin, sama konsep dengan 'diet' nak kurus, kalau tidak ada disiplin memang 'kelaut'.

Korbankan masa berjalan, makan angin, shopping dan boros untuk seketika demi mencapai matlamat yang diimpikan contoh, simpan duit untuk berkahwin, bila duit dah cukup, dah kawin bolehlah lakukan seperti sebelum itu semula.

Tapi bukan untuk selamanya kerana hidup masih panjang, simpanan untuk masa tua perlu dilakukan.

Tak salahkan enam bulan sekali makan angin, sebulan shopping dan empat bulan lagi simpan.

Tapi bagaimana nak simpan duit?

Seorang lelaki bernama Mohd Faiz berkongsikan satu tip berkongsepkan 'rela paksa' untuk menyimpan duit yang telah beliau praktikkan di mana dia berjaya menyimpan RM3,700 dalam masa enam bulan.

Jom kita baca tips yang dilakukannya.

Idea ni sangat praktikal untuk semua orang.

Ok, first sekali letakkan target duit Nilai berapa yang nak dijadikan SIMPANAN ANDA.

+ Tempoh masa : 10 bulan (Januari Hingga Oktober)
+ Tujuan : Nak pi jalan jalan ke Turki @ Pi Umrah @ nak menikah lagi @ nak bawak mak ayah anak bini pi jalan jalan sabah.(Sekadar contoh)
+ Duit yang dipilih : RM 5 dan RM20

PERATURAN WAJIB :
1. Setiap kali anda menerima duit RM5 dan RM20 , anda WAJIB masukkan duit tu dalam TABUNG yang anda dah buat tadi.

2.HARAM MUAKKAD untuk anda gunakan duit RM 5 dan RM20

3.Jika ‘terguna’ sila qada dengan DOUBLE AMOUNT

4.WAJIBKAN pasangan anda buat benda yang sama.

5.If belum menikah, SHARE lah dengan housemate, roomate anda.

6.JANGAN dok gatai tangan pi pecah tabung tu selagi tak mencapai usia MATANG .


Idea ni saya terima dari seorng sepupu saya Naimah Md Ludin .Beliau seorang guru dan suaminya seorng pegawai TM Telekom.

Selepas 6 bulan beliau buat kaedah ini, Hasilnya ,
140 keping RM 20
180 keping RM 5

Total saving secara PAKSA RELA selepas 6 bulan = RM 3700

Kredit: Viralmediahub

6 Jenis Perniagaan Modal Rendah Tapi Pulangan Bersih RM10,000 Sebulan


Perniagaan ini sesuai untuk mereka yang dibuang kerja, mahasiswa yang menganggur, suri rumah, pemuda lepasan SPM atau bekas staf Malaysia Airlines yang dibuang kerja baru-baru ini. Saya senaraikan menurut pengalaman sendiri dan orang lain. Pilihlah mana-mana yang sesuai dengan anda.

#1 – Berniaga Buah Potong
Berniaga buah potong menggunakan motosikal untuk senang bergerak mencari port orang ramai, keuntungan biasanya 50%-60% dari modal. Katakan rm1/plastik, harus sasarkan jual 600 plastik sehari, cari lokasi yang ramai orang (depan sekolah, depan masjid, kawasan pejabat atau kilang) paling tidak anda akan dapat rm350 sehari × 30 hari = RM10,500.

#2 – Khidmat Potong Rumput
Khidmat potong rumput, guna pekerja 2 orang dengan gaji rm130 sehari termasuk minyak mesin, upah satu halaman rumah biasa sekitar rm60. Kerja hanya 2 jam sebuah laman, tugas kita hanya perlu angkat iklan dikawasan perumahan, deal pelanggan, ambil hantar pekerja dan collect duit. Sehari kena gigih cari 5 buah rumah untuk seorang pekerja, jadi kita akan dapat sehari rm340 × 30 hari = RM10,200.

#3 – Menjual Nasi
Menjual nasi rm4 dikawasan penduduk ramai dengan menyediakan khidmat penghantaran. Buat iklan fb untuk orang sekitar, mustahil tidak dapat buat jualan 150 bungkus sehari dengan keuntungan biasa jualan nasi ialah 60%, so sehari bersih dalam tangan ialah rm360 × 30 hari = RM10,800.

#4 – Menjual Air
Jual air rm1/cawan depan sekolah semasa pelajar pulang (2 kali sehari) iaitu sekolah biasa pada pukul 1 hingga 2 petang dan  sekolah agama pukul 5 hingga 6 petang. Menjual 300 cawan untuk satu sesi itu bukan perkara yang mustahil, sehari paling tidak kita akan dapat rm600 kasar. Rata-rata penjual air bagitahu margin untung bersih jual air ini sekitar 80%, jadi sehari kita akan dapat rm480 × 21 hari persekolahan sebulan = RM10,080.

#5 – Berniaga Di Pasar Malam
Berniaga apam balik di pasar malam keuntungan juga 80%, 4× seminggu dengan jualan 400 keping apam balik setiap malam yang berharga rm2 sekeping, setiap malam boleh nilai jualan rm800×4 seminggu × 4 minggu sebulan = jualan kasar rm12,800 tolak modal 20% (rm2,560) = RM10,240.

#6 – Agent Jualan Produk
Jadi agent jualan produk, pilih yang laku keras bulan itu (kerana kebanyakkan produk bermusim), cari yang menawarkan keuntungan melebihi rm50/item, jual guna fbads (tidak tahu guna fbads boleh pergi belajar – power editor), sehari letak kos iklan rm80, push sale sekurang2 11 item close deal, setiap hari akan ada orang bank in sebanyak rm550, tolak kos harian iklan rm80 dan bayaran pos rm110 = bersih rm360 × 30 hari = RM10,800.

Ada banyak lagi perniagaan yang memerlukan modal sedikit tapi pulangan lumayan tapi cukup lah 6 jenis ni dahulu. Ingat, tak semua perniagaan ini sesuai dengan anda, anda perlu pilih, ubahsuai dan serasikan dengan diri anda. Semua pengiraan dari segi modal dan keuntungan adalah tidak tepat kerana harga berbeza mengikut masa dan tempat.

Kredit: FB Muiz Mahari
Follow beliau untuk lebih banyak perkongsian mengenai bisnes dan keusahawanan.

Free Instagram Autoliker - Cara Tingkatkan Followers Instagram Percuma

Free Instagram Autoliker

Free Instagram Autoliker 

Dalam post kali ini, ForUsahawan ingin kongsikan kepada anda semua tentang satu tools online yang boleh anda gunakan untuk jalankan aktiviti pemasaran instagram anda sekaligus mampu tingkatkan followers Instagram anda secara percuma.

Baiklah, tanpa berlengah panjang, tools yang ingin dikongsikan kali ini ialah web based Chrome extension, Everliker | Free Instagram Bot.

Untuk menggunakan Instagram Bot ini, anda perlulah mempunyai browser Google Chrome terlebih dahulu. Jika belum ada, boleh download secara percuma di sini: Download Google Chrome.

Kemudian, pergi ke link ini untuk download extension Everliker ini secara percuma di marketplace Google extension. Download di sini: Everliker extension.

What is Everliker | Free Instagram Bot ?
Free, Smart and Secure Instagram Auto-like Bot
TAKE YOUR INSTAGRAM TO THE NEXT LEVEL!
* Everliker will get you real Instagram likes and followers that are genuinely in love with your profile.
* Everliker brings attention to your Instagram account by liking photos on your behalf.


cara tingkatkan followers instagram

Klik butang "Add to chrome" untuk download dan install extension ini di Google Chrome anda. Setelah selesai install, klik "Icon Everliker" di sebelah kanan atas untuk gunakannya.

Sekian perkongsian tentang salah satu tools online yang boleh anda gunakan untuk naikkan follower Instagram targeted secara percuma.